Dah lama aku tak update blog ini...
Dah berbulan-bulan..
Barangkali aku gembira sehingga lupa apa yang telah aku miliki...
Tajuk atas ni merujuk benda yang telah berlaku...
Akhirnya aku mempunyai kekuatan untuk menulis..
Kenangan bersama si bombom..
Tak akan aku lupakan sepanjang hayat aku..
Okaylah..back to reality please..
Antara aku dan dia dah xda apa-apa..
Aku kena sedar hakikat tu..
Aku putus dengan dia 15 September 2011 yang lalu..
Bersamaan perkenalan kami yang ke 2 tahun..
Everything is well, dia datang cni...
Even aku bagi bunga and belanja makan..
Tuje aku mampu (gaji first)..
Then dia balik Malacca..
On the phone, aku terpaksa merelakan apa yang dia ingin dalam hidup..
I let him go..
Tak perlu aku meneruskan hubungan bila aku tahu dia sebenarnya tak happy dengan aku..
Mungkin kerana kami jarang berjumpa..
Masing2 sibuk dengan aktiviti tersendiri..
I`m strong enough to let him go because I really love him and I just want him to be happy...
At first, aku menangis..
Ye, sebab aku ditinggalkan..
First time orang tinggal aku..
Mungkin ini balasan yang aku dapat dahulu..
Tapi, setiap orang ada kisahnya yang tersendiri..
Takdir yang telah tertulis sejak di Loh Mahfuz lagi..
Aku rela walau hati aku benar-benar hancur dan terluka...
Kami masih lagi berkawan..
1 October 2011 adalah hari jadi yang ke-23 dia..
Aku tahu dia datang ke KL..
Aku buat kek
Sebab aku pernah cakap nak buat..
Hakikatnya, aku hanya bagi kek tu kat best friend dia tanpa jumpa dia..
Aku tahu, aku tak harus buat begitu.
Sebab kami hanyalah kawan kini..
Aku tak tahu bagaimana untuk meluahkan perasaan ni..
Hati aku betul2 hancur..
Aku tak tahu bagaimana aku harus react bila dia call aku..
Aku terasa kejanggalan itu memenuhi ruang hati ini...
Aku tak pasti samada perasaan sayang itu masih ada untuk dia..
Aku benci perasaan dan hati aku sekarang ni..
Aku cuma doakan dia gembira dan berjaya dalam hidup selalu..
Kerana aku tahu, aku bukanlah insan yg terbaik untuknya..
Aku dah cuba untuk tidak melihat facebook, twitter dia..
Aku dah cuba untuk tidak menghubungi dia..
Kerana aku membuat keputusan ingin pergi dari hidup dia..
Walaupun pada hakikatnya, dia yang telah pergi dari hidup aku
Dia pernah cakap dahulu, aku selalu menyerabutkan kepala dia..
Tapi, xda niat aku untuk menyerabutkan kepala dia..
xda niat untuk aku menyusahkan dia..
mungkin masalah itu datang dari aku...
i`m complicated person...
Hafizi, aku berdoa kau mendapat perempuan yang akan memahami dirimu selalu-Amin
Kadangkala aku teringat apa yang pernah aku lakukan,,
Aku xpernah halang aktiviti dia (futsal, game, hangout with friends)
Walaupun aku sendiri tahu, masa itu takkan pernah ada untuk aku...
Walaupun dia jealous, aku bagi password facebook aku hanya ingin menjaga hati dia..
Tapi, mungkin aku tersilap..
Aku terlupa menjadi diri aku sendiri..
Sikap garangku dah hilang sejak aku kenal dia..
Tapi, dia banyak mengajar aku erti sabar walaupun hakikatnya aku adalah seorang yang amat panas baran dahulu..
Terima kasih Hafizi..
Untuk segala-galanya yang awak pernah ajarkan pada saya..
Kini, aku menjalani hidup sendirian..
Happy? Hanya Allah yang tahu hati aku..
Senyuman itu dah hilang dari hidup aku..
Aku dah terlupa kali terakhir aku betul2 senyum yang ikhlas..
Hati aku dah seperti tiada apa-apa..
Aku dah tak ada niat untuk berhubungan dengan siapa-siapa..
Walaupun pada hakikatnya ramai yang mengusik aku sejak tahu aku single kembali..
Hakikat yang perlu diketahui,..
Aku adalah seorang yang amat membosankan...
Cuma, kali terakhir ini..
Mungkin sudah cukup apa yang aku rasakan pedih ini..
Aku harus kembali kepada realiti..
Aku harus berhenti berharap pada sesuatu yang tak wujud dalam realiti sebenar..
Aku harus berhati-hati memberi sekeping hati dan cinta pada insan yang bernama lelaki..
Kerana sesudah aku memberi perasaan dan cinta itu, hatiku mungkin terpalit kedukaan..
Yang mungkin tak akan hilang walau dicuci beberapa kali..
Bukan niat aku memburukkan lelaki yang pernah mengenali aku..
Tapi, pengalaman dipukul (sebelum aku mengenali bombom)..
sudah puas aku menerima semua itu..
Salah aku kerana suka memendam rasa walaupun hakikatnya aku sering terluka hati dengan kata2 kasar,
Aku sering kecewa bila ditinggalkan sebegitu rupa..
Namun, selama ini sayang membutakan segalanya..
Untuk kali ini,
Aku betul-betul pasrah dengan apa yang berlaku..
Aku menerima siapa jodohku yang dapat menerima diri aku seadanya sekiranya hatiku dah terbuka kembali..
Dan aku pasti "Menyayangi dan mencintai, tak semestinya memiliki "
Khas buat Hafizi,
Maafkan segala kekhilafan aku terhadap kamu sebelum ini.
Halalkan apa yang pernah kamu bagi untukku.
Doaku moga kamu capai apa yang kamu kehendaki dalam hidup dan berbahagia selalu
Maafkan aku sekiranya aku menjauhkan diri darimu..
Percayalah, bukan senang untuk aku lakukan..
Tapi, cukup untuk apa yang telah aku rasai..
Assalamualaikum