Terkenang kembali sebuah memori,
yang tidak pernah luput dimamah masa..
Seringkali..
aku terlupa memahami dirimu..
acapkali bibirku ringan menyatakan hasrat,
tanpa sedar kau termenung jauh,
mencari 1000 jalan demi memenuhi permintaan,
bersinar matamu membalas renungan penuh simpati,
aku tidak pernah kau kecewakan,
sedaya mungkin kau laksanakan,
kau terlalu istimewa..
Tiba saat itu..
kita terpaksa berpisah..
kau penuhi segala yg ku pinta..
segala-galanya..
hingga detik-detik terakhir..
aku sedar renunganmu kian dalam
dilimpahi kasih sayang.
kolam matamu kian penuh tika aku kau tinggalkan
demi kejayaan yg kau harapkan.
akhirnya air matamu turun bagai hujan mencurah2
bertalu-talu ciuman dan dakapan
tanda aku tidak rela kau tinggalkan
terlalu sukar untuk aku lalui detik itu
kerna cintaku padamu terlalu dalam
aku ditinggalkan dalam kerinduan yg maha hebat
hingga suatu ketika
nafasku bagaikan terhenti
menerima perkhabaran tentang mu yg jauh di sana
dan kian jauh..
aku diam menahan getar
lalu kedengaran raungan memecah kesunyian
kesal.. tidak dapat aku menatap saat terakhirmu
pergimu tiba2 tanpa dijangka
tidak dapat kau balas pelukanku lagi..
tidak lagi aku merasai ciuman kasihmu
kau pergi menyambut panggilan Ilahi..
hanya senyuman ketenangan yg kaku
kau hadiahkan sempena menyambut kepulanganku pada lewat petang itu..
ABAH..(30/01/1950-03/10/2011)
aku merinduimu..
al-Fatihah.