Assalamualaikum w.b.t
Salam kenalan kepada para pembaca dan pada diri ini…hihihi…Ini adalah blog kedua yang aku tulis iaitu teddcute88.blogspot.com..So, sebelum aku teruskan menulis di dalam ni…aku nak kenalkan beberapa watak yang amat penting dalam hidup aku ni..Ni adalah gamba2 kluarga aku yang merupakan Che aku, nenek aku, my mom and my dad..includes here adalah abang long dan kak zumi, acik, kak lam n husband dia iaitu chip..Gamba kahwin yang serba puteh itu adalah Kak Yah + Ijan..Yang gamba sorang2 ni adalah adik aku iaitu Ahmad Amirul Aiman.Gamba budak kecik tu plak adalah anak sedara aku yang sangat2 nakal..Depa ni suka tease aku…tak gigit aku depa suka tarik suar aku..haha..Tapi, nakal2 pon aku still sayang depa sebab aku jaga depa since depa masih bayi lagi..tambah adik..yang tu la kepala yang suka tease orang..hehe..depa dua ni namanya Asrul Afif dan Asrul Afzal..heee
Che Mahmood aku ni adalah seorang imam di masjid bongor iaitu di daerah baling..manakala nenek aku ni adalah Bedah Che Ik..merupakan suri rumah sepenuh masa..mereka berdua cukup sporting…sebab tuh aku sayang depa sangat2..hehe..tok, nanti tiqah balik tiqah jumpa tok nah…hehe…rindu neh…dah 4 bulan aku x pulang ke kampung halaman aku di daerah yang terpencil iaitu Baling, Kedah dimana orang asli masih lagi wujud disitu..hehe
Bisikan halus: nak tengok orang asli…silalah pergi mandi di Air Panas, Ulu Legong..Disamping dapat cuci mata…anda dapat juga mandi di hot spring itu yah…
Ni plak my mom and my dad…namanya Mohd Safie dan Puan Ramlah…sayang mereka berdua sangat2..mereka la yang mendidik aku selama ni..Mereka berdua ni bekas pendidik..ayahku bertugas mengajar subjek matematik, kemahiran hidup dan pendidikan jasmani..masih segar diingatan aku harus memanggil abahku sendiri sebagai cikgu kerana beliau mengajar pendidikan jasmani kelas aku..hehe..ABah la yang selalu menjaga aku selama ni kerana my mom selalu outstation sejak aku kecil lagi..Tapi, semua tu hanya berakhir ketika aku part 4(diploma)..mak dah bersara..yeay..waktu itu barulah aku salu meluangkan masa ngn ibu tersayang..Mak aku ni bekas Director Institut Aminuddin Baki..Amatlah garang..tapi, itu dulu…tapi, beliau amat seorang penyayang..aku amat bersyukur kerana menjadi anak untuk abah dan mak..
Bisikan halus: Walaupun apa terjadi dalam hidup ni, tiqah tetap sayang mak dan abah..Moga mak dan abah sentiasa sihat dan bahagia selalu..
Haa…anak sulong yag merangkap abang aku adalah Asrul Kamal yang dikenali sebagai along saja..Along aku ni dah kawin dah…so jangan ngorat ye…tau la cute..huahuahua..Along dilahirkan pada 27 december 1977. Lahir tak cukup bulan..tapi alhamdulillah dia sihat..Along kerja sebagai manager dalam bahagian loan di sebuah bank yang terletak di Penang.. Dia kawin ngan seorang gadis yang comel yang merupakan kakak ipar aku yang pertama iaitu Nurazumi..aku panggey kak zumi ja..Kak Zumi ni tua dari abang aku..Apapun depa ni bahagia..bertugas sebagai guru bahasa inggeris di Kolej Sultan Abdul Hamid di lok staq sana tuh…jadi, jawabnya along aku ulang alik tiap2 hari dari Alor Staq ke Penang..Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki yang comel yang sangat nakal dan “hyperaktif”..Suka sangat gigit aku..tak pon salu je masuk bilik tidox aku bila depa balik Baling untuk gerak aku…Caranya dengan gigit bahu or paha aku..Tapi, mak cik sayang sgt kat ampa sbb mak cik jaga ampa sejak kecil…Oh ya..kanak2 ni namanya Asrul Afif(abang) dan Asrul Afzal (adik)..
Bisikan hati: Dua kanak-kanak comel ni pernah panggey aku “Mak Mok” yang bermaksud Mak Cik Gemok..Haha..apapun aku tak kisah sebab aku tau kanak-kanak memang jujur..Sekarang depa hanya panggey aku mak cik sahaja..
Abang aku ni nama dia Azwan Fazal..masih lagi solo..merupakan anak kedua..Aku panggey dia acik ja..Aku ngan dia kureng sikit rapat kerana dia ni jenis buat kerja sendiri2..Dia ni dlu sekolah teknik Tunku Abdul Rahman kat Penang…pastu masuk POLIMAS..Pastu masuk UUM …last sekali UMS..semuanya amik bidang akaun…Oh..sungguh bosan…semua ikut jejak abah…otak math..haha
Bisikan halus: Dulu aku dapat skola teknik(mechanical engineering)..mak x bg..katanya orang pompuan, then aku sambung sekolah besa2 je amik bidang teknologi maklumat dan akaun..Tapi, kat U plak aku amik bidang sastera-Pengurusan Maklumat.
Kakak aku yang ni namanya Ahlam Nabihah..aku panggey kakak aku ni Kak Lam..dia dah kawin walaupun still kecik molek..ehehe..dia la ni dah umoq 27 tahun..laki dia namanya Ikhwan..tapi aku panggey Chip ja sbb dia macam chipsmore…kejap ada kejap ilang…Chip kija kat kerteh, terengganu…engineer apa pon aku xpasti ngn petronas tuh..pakaian kija dia warna kuning..amat menarik…hehe..Kak Lam plak kija sebagai auditor di PriceWaterHouseCoopers..gaji yang amat banyak sekali…tak lokek memberi barang tapi agak lokek memberi duit kepada aku..haha..bulan 8 ni dia akan masuk kerja petronas kat KLCC..tula, baru nak accept petronas..ni sumenya gara2 dia dapat scholarship dulu…kenala berkhidmat di Petronas…selamat menjalankan khidmat anda dan hepi2 selalu..
P.s: aku agak kagumi kakak yang ni sbb at the young age, dia dah jadi sumbodi dan nak buka syarikat akauntan sendiri dah..gud luck kak lam…amik tiqah kerja kat library hang na..hahaha
Ni kak yah…haha…macam joyah…takla..nama kak yah aku ni adalah Aqilah Nadhira…sedap kan nama dia?dia baru je kawin tahun lepas iaitu pada december 2009..tarikh tak ingat la plak…dia kawin dengan cinta dia yang berlangsung selama 8 tahun dulu…jejaka terhebat itu adalah Ijan iaitu Wahizal Ahmad…a sweet couple…sayang depa duorang ni..Kakak aku ni dapat tawaran stewardess untuk Singapore Airlines..hehe..orang pon comei dan cantik…cepat2la ada anak na..
P.s: Kak yah, ingat janji ang tau..bila hang kerja hang nak hadiah kamera digital tuk tiqah…still waiting for dat..
Seterusnya adalah aku..haha..tuan tanah blog ni la..’Atiqah Najihah…aku sorang ja ada kan koma kat nama tuh?haha..that`s make me special and unique..huahuahua..Dulu, aku belajar di UiTM kedah..amik information management…course apa aku sapu pon xtau la..but, I want to finish wat I already started..wish me luck..aku ni agak bersifat kelakian..tapi, aku dah berubah since aku masuk degree..tambah plaj bertemu dengan cinta baru yang montel, comel, caring, paham diri aku ni..hehe…sayang dia sangat..”Ps: Cintaku hadir untuk dirimu, tanpa aku sendiri sedar”..Aku bahagia dengan dirimu wahai “Kuci-Kuci Bom Bom ku”…..hahahaha…aku ni dah berumur 22 tahun..belajar kat UiTM puncak perdana…tempat hulu sana nuh…haha…amik pengurusan maklumat iaitu resource center..kini tinggal 1 tahun lagi untuk aku tamatkan degree neh..aku bercita-cita untuk menjadi cataloger…just love it so much…doakan aku na?harap sangat..mak, abah, sis, bro, fwens, doakan kejayaan diri ini ye…
Ni adalah adik aku..anak bongsu dalam fameli..sangatla kurus..awat la hang ni Aman…banyak makan tapi hang dok keding ja…adik aku la ni form 5…sekolah besa je…dari dulu aku tanya ang nak jadi apa…dia cakap cikgu akaun..kak doakan hang berjaya na…jejaka ensem ni adalah Ahmad Amirul Aiman…panggey aman jah...heehee..dia ni ada 4 orang awek…awek pertama dia kenal diri sebagai Ahmad…Awek kedua soh panggey dia Amirul…Awek ketiga adalah Aiman…dan awek keempat panggey dia Ahmad Amirul Aiman..sungguh hebat kan..Adik aku ni baik..hakikatnya aku pernah gado ngan dia dulu..dan senjata dia guna adalah pembaris besi..yang digunakan untuk pukul aku…sakit siot..haha..kak tiqah sayang kamoo..
Ps: Cerita pasal awek tuh tipu jer..tu mak aku yang bagi idea kat dia..hahaha
No comments:
Post a Comment